Pages

Doa Sebelum dan Selepas Bangun Dari Tidur

Sebelum Tidur:
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوت
bismikallahumma ahya wa amutu
"Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati"
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
- Khatam Al Qur’an
- Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
- Membuatkan para muslim meredhai kamu
- Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?"

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)"
-MAFHUM DARI HADIS
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Selepas Bangun Dari Tidur:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
 
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"

Assalamualaikum dan selamat beramal=)

Kalau Suke, LIKE je =)

(c)SyazriL . Hakcipta Terpelihara 2011