Pages

Tanda-tanda Kecil Kiamat

1. Penaklukan Baitulmuqaddis

Baitulmuqaddis atau Baitulmaqdis ialah nama yang jarang digunakan oleh masyarakat Arab. Perkataan ini paling banyak digunakan di Malaysia dan beberapa negara lain. Antara nama lain Baitulmuqaddis:
-Salem: nama pendek bagi Jerusalem.
-Moriah
-Jebus
-Jerusalem: Jerusalem ialah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Kebanyakan negara-negara ini menggunakan istilah ini sebagai istilah utama.
-Zion
-Ariel: nama puisi Baitulmuqaddis.
-Al-Quds: nama yang biasa digunakan oleh orang Arab untuk Baitulmuqaddis (juga digunakan oleh tamadun yang dipengaruhi oleh Islam). Perkataan al-Quds aš-Šarīf juga digunakan terutamanya oleh Empayar Turki Uthmaniyyah.
-Al-Balat

Dari Auf bin Malik r.a., katanya, "Rasulullah SAW telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela
Dah ada depan mata dah. Antaranya, pelakon2 yg berpegangan tangan, berpelukan dlm cerita (walhal bukannye dorang kawen pun), couple, dan kes pembuangan bayi kan dah byk skrg ni.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

4. Bermaharajalela alat muzik
dah ramai kan penyanyi2 dari barat dan timur? lebih banyak lagi artis perempuan.
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

5. Menghias masjid dan membanggakannya
tgk masjid kat Malaysia, cantik2 dan besar2, design pun hebat!
buat simple2 sudah la.
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

6. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

fikir logik pun dah cukup dah ni
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
7. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
dah ade kan?

8. Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat
negara mana yg paling kuat kuasanya? Amerika Syarikat kn? diorang boleh buat sesuka hati je kat mana2 negara.

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
10. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

betul tak?
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
11. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
 dah banyak perempuan yg pakai pakaian yg nipis dan jarang, dan dorang tak malu utk pakai pakaian mcm tu.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
12. Bulan sabit kelihatan besar
boleh tgk di sini, sini dan sini

13. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
14. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
15. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
boleh tgk sini, sini dan sini.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
16. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
 dah ade kan?

17. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
 Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
18.  Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
dah ade kan?
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

19. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.


20. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.


21. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.


22.Orang akan melakukan homoseksual. 


23. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

24. Berkurangnya sifat amanah.


25. Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)


26. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.


27. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya


28. Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid


29. Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi -- dari tanda nombor 19 hingga 29.
30. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
kan?

31. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara.
betul kan?


32. Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)


33. Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad -- dari tanda no 30 hingga 33.
34. Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
35. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
 kan?
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
36. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
37. Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim
38. Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan


39. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan


40. Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba


41. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. -- dari tanda no 40 hingga 41









Kalau Suke, LIKE je =)

(c)SyazriL . Hakcipta Terpelihara 2011